Monday 10 March 2014

KAJANG LAGI

Nuar pergi kepenjara, Kini Azizah pula menjelma. Ini Baru Betul Parti Keluarga. Esok Lusa, adakah izzah pula yang menjadi bahan berita.

           Tersenyum dalam diam PA, apabila mendapat berita dari rakan cyber. Dalam keadaan Negara sedang berdoa untuk pesawat MH370, cerita tentang Aljub tetap kedengaran dimana-mana.Muak dan loya rasa, mendengar rintihan macai-macai PR yang mengadu domba... biarlah "si luncai dengan cerita labunya" sebab PA rasa pembaca kini sudah matang dan tahu rasa (Itupun kalau pergi sekoah dan tahu sejarah).

            Cerita tentang PRK Kajang, memang seperti PA duga semenjak pengumuman Aljub Masuk kepenjara, mesti calon parti keluarga dan kaum kerabat tidak akan kemana-mana, kini semua sedia maklum Datuk Wan Azizah sudah sah menjadi Calon baru DUN Kajang bagi menggantikan suaminya yang hilang kelayakan bertanding selepas dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara.

            Adakah kisah 2 september 1998 berulang lagi. Arena politik Negara yang sepatutnya semakin matang menjadi sebaliknya. Rusuhan Jalanan, Perhimpunan Haram, Caci mencaci, Menghina Institusi diraja, Parlimen dan sebagainya menjadi satu kebiasaan. PA boleh katakan semua berpunca daripada si penderhaka, bagi PA kerajaan hari ini terlalu bertimbangrasa sehingga Kaduk Naik Junjung jadinya. Kadang-kadang rakyat jelata marah bukan kerana tak suka, tetapi marah kerana kerajaan terlalu Penyabar sehingga membiarkan pencacai-pencacai ini merosakkan ketenteraman awam dan begitu bangga dengan perangai serupa x sekolah mereka. Akhir kata...
WE SHOULD DO SOMETHING..

No comments:

Post a Comment