Friday, 7 March 2014

DARI KAJANG KE BALINGIAN... APA CERITA?


Tumpuan Peminat politik Negara kini pastinya kepada dua kawasan iaitu N.25 Kajang,selangor dan N.51 Balingian, Sarawak. Ini kerana setelah hari pembuangan undi dikajang ditetapkan pada 23 Mac 2014, hari ini Suruhanjaya SPR pula mengumumkan hari penamaan calon bagi N.51 Balingian jatuh pada 17 Mac, seterusnya hari mengundi pada 29 Mac 2014.


               Ironinya mungkin serupa tapi tak sama, ini kerana di kajang penyandang terdahulu bolehlah PA katakan pengecut lantaran meletak jawatan kerana mengikut telunjuk aljub, tetapi di Balingian pula meletak jawatan untuk memberi laluan kesinambungan pimpinan parti. Lebih ironi lagi bekas penyandang sebelumnya sememangnya berbeza ini kerana di kajang milik Pakatan Pembangkang(PR) manakala di Balengian adalah milik Barisan Nasional(BN).


              Di Kajang semua maklum siapa yang bakal berlawan diantara satu sama lain kursusnya Aljub yang diimport khasc dari Permatang Pauh tetapi,  di Balingian sehingga kini masih menjadi tandatanya walaupun ramai calon yang hebat dan anak jati setempat. Seakan merancakkan lagi keadaan, isu diKajang nampak gah kerana impian aljub yang ingin ke putrajaya (Jadi PM engkau..) tetapi jangan lupa di balingian tidak kurang hebatnya kerana ramai beranggapan bakal penyandang berpeluang cerah untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak nanti. Benarkah ...... hanya pengundi yang memutuskannya kerana keputusan terletak di ibu jari anda. Sekian.

No comments:

Post a Comment