Thursday 13 March 2014

DUN BALINGIAN HARUS KEKAL MILIK BARISAN NASIONAL (BN)


Tepuk Dada, lihat sendiri...Dun Balingian Harus Kekal Milik BN

Semua sedia maklum dimana pada PRU negeri Sarawak pada tahun 2011, Taib Mahmud selaku calon BN menang dengan majoriti 5,154 undi mengalahkan calon Bebas, Datuk Salleh Jafaruddin yang mendapat 1056 undi. Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Taib mendapat 6,210 undi manakala calon PKR, Suriati Abdullah mendapat 871 undi.

        Jika dilihat dari pesatnya pembangunan pada hari ini di Balingian, PA percaya rakyat Balingian tidak akan memperjudikan nasib mereka pada masa yang akan datang dengan memilih PKR.  Rakyat kini sudah matang dan tahu menilai pemimpin pilihan mereka. Mereka kini tidak mudah percaya  dengan kenyataan tanpa bukti.
    

Mukah Dulu

Mukah Sekarang


         Jadi untuk meneruskan kesinambungan pembangunan yang sedia ada, rakyat  di Balingian perlu bijak menggunakan peluang yang diberikan. Ini kerana sedikit kesilapan mereka perlu membayar harga yang mahal. Pesanan PA jadilah pengundi yang bijak, Jangan terlalu mengikut perasaan atau terpengaruh dengan janji-janji manis pelbagai pihak yang akan merugikan diri sendiri.
        









Monday 10 March 2014

KAJANG LAGI

Nuar pergi kepenjara, Kini Azizah pula menjelma. Ini Baru Betul Parti Keluarga. Esok Lusa, adakah izzah pula yang menjadi bahan berita.

           Tersenyum dalam diam PA, apabila mendapat berita dari rakan cyber. Dalam keadaan Negara sedang berdoa untuk pesawat MH370, cerita tentang Aljub tetap kedengaran dimana-mana.Muak dan loya rasa, mendengar rintihan macai-macai PR yang mengadu domba... biarlah "si luncai dengan cerita labunya" sebab PA rasa pembaca kini sudah matang dan tahu rasa (Itupun kalau pergi sekoah dan tahu sejarah).

            Cerita tentang PRK Kajang, memang seperti PA duga semenjak pengumuman Aljub Masuk kepenjara, mesti calon parti keluarga dan kaum kerabat tidak akan kemana-mana, kini semua sedia maklum Datuk Wan Azizah sudah sah menjadi Calon baru DUN Kajang bagi menggantikan suaminya yang hilang kelayakan bertanding selepas dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara.

            Adakah kisah 2 september 1998 berulang lagi. Arena politik Negara yang sepatutnya semakin matang menjadi sebaliknya. Rusuhan Jalanan, Perhimpunan Haram, Caci mencaci, Menghina Institusi diraja, Parlimen dan sebagainya menjadi satu kebiasaan. PA boleh katakan semua berpunca daripada si penderhaka, bagi PA kerajaan hari ini terlalu bertimbangrasa sehingga Kaduk Naik Junjung jadinya. Kadang-kadang rakyat jelata marah bukan kerana tak suka, tetapi marah kerana kerajaan terlalu Penyabar sehingga membiarkan pencacai-pencacai ini merosakkan ketenteraman awam dan begitu bangga dengan perangai serupa x sekolah mereka. Akhir kata...
WE SHOULD DO SOMETHING..

Friday 7 March 2014

Orang Buat Baik Demi Rakyat…PKR(Pakatan Rakyat)@PR(Para Pencacai) Kotorkan!!



Tindakan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang menandatangani Memorandum Persefahaman dengan kerajaan persekutuan terus mendapat kecaman pelbagai pihak khususnya di kalangan pimpinan pakatan rakyat. Tidak cukup dengan itu, para pencacai PR turut mengambil kesempatan ini untuk menghentam Khalid dengan pelbagai kata-kata kesat, cacian dan makian.

 Khalid disifatkan sebagai penipu, dan gila kerana menggunakan media arus perdana untuk menerangkan kepada rakyat berhubung keputusan yang dibuat itu. Selain itu para pegawai Khalid turut dilemparkan dengan kata-cemuhan seperti ‘Bastard’ (anak haram) dan sebagainya.

 Terdahulu media melaporkan Khalid hadir dalam satu program menandatangani MoU dengan kerajaan Barisan Nasional yang turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. MoU tersebut bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana berjumlah RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi. Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2. Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Siapa baik untuk rakyat??Kerajaan@Pembangkang?

DARI KAJANG KE BALINGIAN... APA CERITA?


Tumpuan Peminat politik Negara kini pastinya kepada dua kawasan iaitu N.25 Kajang,selangor dan N.51 Balingian, Sarawak. Ini kerana setelah hari pembuangan undi dikajang ditetapkan pada 23 Mac 2014, hari ini Suruhanjaya SPR pula mengumumkan hari penamaan calon bagi N.51 Balingian jatuh pada 17 Mac, seterusnya hari mengundi pada 29 Mac 2014.


               Ironinya mungkin serupa tapi tak sama, ini kerana di kajang penyandang terdahulu bolehlah PA katakan pengecut lantaran meletak jawatan kerana mengikut telunjuk aljub, tetapi di Balingian pula meletak jawatan untuk memberi laluan kesinambungan pimpinan parti. Lebih ironi lagi bekas penyandang sebelumnya sememangnya berbeza ini kerana di kajang milik Pakatan Pembangkang(PR) manakala di Balengian adalah milik Barisan Nasional(BN).


              Di Kajang semua maklum siapa yang bakal berlawan diantara satu sama lain kursusnya Aljub yang diimport khasc dari Permatang Pauh tetapi,  di Balingian sehingga kini masih menjadi tandatanya walaupun ramai calon yang hebat dan anak jati setempat. Seakan merancakkan lagi keadaan, isu diKajang nampak gah kerana impian aljub yang ingin ke putrajaya (Jadi PM engkau..) tetapi jangan lupa di balingian tidak kurang hebatnya kerana ramai beranggapan bakal penyandang berpeluang cerah untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak nanti. Benarkah ...... hanya pengundi yang memutuskannya kerana keputusan terletak di ibu jari anda. Sekian.

Thursday 6 March 2014

SIAPAKAH BAKAL PILIHAN RAKYAT DI DUN.51 BALINGIAN ???


CALON-CALON SEBUTAN YANG BAKAL MENGANTI TAIB MAHMUD DI N.51 BALINGIAN

 6 Mac 2014 - Sekali lagi Bumi Sarawak menjadi tumpuan lantaran pengumuman daripada suruhanjaya pilihanraya (SPR), dimana pilihanraya kecil akan diadakan dengan tarikh penamaan calon pada 17 Mac 2014 dan Hari Mengundi jatuh pada 29 Mac 2014. Persoalannya, semua masih tertanya-tanya siapakah yang bakal bertanding sekaligus Parti manakah yang akan menang di N.51 Balingian?
Mahmud Bekir
Datuk Affandi Nawawi

                    Bagi Barisan Nasional (BN) terdapat beberapa nama calon-calon berpotensi telah dikenalpasti bakal bertanding di PRK Balingian antaranya :
                  - Datuk Seri Effendi Norwawi - Bekas Menteri Persekutuan
                  - Datuk Seri Mahmud Abu Bekir. – Anak lelaki sulung Taib Mahmud.
                  - Andrian Alphonsus Dorhan - seorang Jurutera
                  - Paul Druce – Ahli Perniagaan
                  - Akit Sebli - bekas setiausaha tetap Kementerian Pelancongan Sarawak
                  - Dr Anthony Valentine Laiseh - bekas Timbalan Residen Mukah
 Dan ramai lagi nama-nama yang menjadi bahan perbualan penduduk setempat. Apa yang pasti hanya Ketua Menteri Sarawak yang baru iaitu Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem selaku Pengerusi BN dan Parti Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) yang ada jawapannya... Sama-sama kita tunggu..