Thursday, 13 March 2014

DUN BALINGIAN HARUS KEKAL MILIK BARISAN NASIONAL (BN)


Tepuk Dada, lihat sendiri...Dun Balingian Harus Kekal Milik BN

Semua sedia maklum dimana pada PRU negeri Sarawak pada tahun 2011, Taib Mahmud selaku calon BN menang dengan majoriti 5,154 undi mengalahkan calon Bebas, Datuk Salleh Jafaruddin yang mendapat 1056 undi. Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Taib mendapat 6,210 undi manakala calon PKR, Suriati Abdullah mendapat 871 undi.

        Jika dilihat dari pesatnya pembangunan pada hari ini di Balingian, PA percaya rakyat Balingian tidak akan memperjudikan nasib mereka pada masa yang akan datang dengan memilih PKR.  Rakyat kini sudah matang dan tahu menilai pemimpin pilihan mereka. Mereka kini tidak mudah percaya  dengan kenyataan tanpa bukti.
    

Mukah Dulu

Mukah Sekarang


         Jadi untuk meneruskan kesinambungan pembangunan yang sedia ada, rakyat  di Balingian perlu bijak menggunakan peluang yang diberikan. Ini kerana sedikit kesilapan mereka perlu membayar harga yang mahal. Pesanan PA jadilah pengundi yang bijak, Jangan terlalu mengikut perasaan atau terpengaruh dengan janji-janji manis pelbagai pihak yang akan merugikan diri sendiri.
        









No comments:

Post a Comment